
Utusan Malaysia 6/2/2008
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Persatuan Superbike Malaysia (SAM) kesal dengan langkah kerajaan mengharamkan para penunggang motosikal menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya dan tindakan itu juga seperti menunjukkan mereka dilayan sebagai warga negara kelas kedua.
Timbalan Pengerusi Eksekutif persatuan itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, larangan itu juga menafikan hak sekumpulan besar rakyat untuk menikmati pembangunan infrastruktur di tanah air sendiri.
Katanya, paling dikhuatiri larangan itu akan menjadi permulaan kepada pelaksanaan peraturan yang sama di lebuh raya baru pada masa depan.
“Kami bukan warga negara kelas kedua dan kerajaan tidak wajar memencilkan penunggang motosikal yang membentuk satu kumpulan rakyat yang besar.
“Apa guna pembangunan sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan rakyat, memang kami tidak membayar tol tetapi seorang pemilik motosikal berkuasa besar membayar RM350 setahun untuk cukai jalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 31 Januari lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan larangan motosikal menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya berkuat kuasa serta-merta.
Alasan yang dikemukakan ialah lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu melalui kawasan perumahan dan sukar untuk membina lorong khas motosikal selain bahu jalan yang sempit dan tidak selamat untuk para penunggang.
Ab. Raof berkata, adalah mustahil sekiranya kerajaan tidak mengkaji kesesuaian motosikal untuk melalui lebuh raya berkenaan sebelum ia dibina.
Katanya, menunggang di lebuh raya sebenarnya lebih selamat daripada jalan Persekutuan yang berselekoh dan mempunyai banyak lubang.
Sementara itu, pengasas forum pemotoran http://www.superbikemalaysia.com, Samry Masri berkata, pihak berkenaan perlu memberi peluang kepada penunggang motosikal memberikan pandangan sebelum melaksanakan sesuatu keputusan yang melibatkan mereka.
Katanya, kelab motosikal atau badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung perlu dipanggil untuk berbincang terlebih dahulu.
“Keputusan unilateral bukanlah mencerminkan suatu pentadbiran yang baik,” jelasnya.
Berita Harian 8/10/2007
Syor haram motosikal kuasa tinggi dibantah
SAYA terbabit secara langsung dengan motosikal berkuasa tinggi sebagai penunggang dan juga pengasas dan pemilik laman web www.superbikemalaysia.com, laman web yang didedikasikan untuk peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.
Kami mewakili lebih 1,500 penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara. Sejak Menteri Kerja Raya mencadangkan supaya motosikal berkuasa tinggi diharamkan daripada menggunakan lebuh raya, ahli kami sebulat suara membantah cadangan itu yang dianggap prejudis dan tidak adil.
Saya bukan mempertahankan empat penunggang yang berlumba oleh menteri terbabit tetapi yang bersalah wajar dihukum, tidak kira sama ada mereka penunggang motosikal berkuasa kecil atau tinggi, pemandu kereta atau bas.
Sekiranya bersalah, hukumlah mereka mengikut peruntukan undang-undang.
Jangan kerana marahkan seekor nyamuk kelambu pula hendak dibakar.
Menghukum secara kolektif sama seperti membawa negara kembali ke zaman feudal iaitu seluruh keluarga dihukum disebabkan kesalahan seorang.
Marahkan beberapa individu yang melanggar undang-undang, seluruh komuniti harus menerima hukuman dan merasai bebannya.
Kesalahan memandu laju juga dilakukan oleh pemandu kereta, bas malah lori. Berlumba juga bukan isu kerana kesalahan berlumba juga dilakukan oleh motosikal berkuasa kecil dan pemandu kereta.
Saya menyokong sekiranya menteri itu mahu mengadakan lorong khas bagi motosikal di lebuh raya dan kualiti jalan raya disesuaikan dengan keperluan pengguna motosikal berkuasa tinggi.
Lorong motosikal sedia ada di beberapa lebuh raya sekarang ini bukan saja berbahaya kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi berbahaya kepada apa juga jenis motosikal kerana tidak dibina dan diselenggara dengan sempurna.
Kebanyakan penunggang motosikal berkuasa tinggi berumur 35 tahun ke atas dan disebabkan harga yang tinggi, hanya golongan berkemampuan saja yang mampu memiliki motosikal berkuasa tinggi.
Golongan ini adalah profesional yang rasional biasanya mereka bergerak di dalam konvoi yang teratur.
Kami di superbikemalaysia.com telah menganjurkan ratusan konvoi ke seluruh negara tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan ini membuktikan kami prihatin terhadap keselamatan kami dan pengguna jalan raya lain.
Di samping itu, sukan motosikal berkuasa tinggi semakin mendapat tempat di negara ini dan juga menambahkan lagi pendapatan negara melalui kemasukan pelancong ke negara ini.
SAMRY MASRI,
Superbikemalaysia.com.
Utusan Malaysia 6/8/2007

Utusan Malaysia 5/5/2007

Malay Mail 14/4/2006
Malay Mail, Kuala Lumpur, 14 April 2006
10 years, 10 strokes for having cannabis
SHAH ALAM: A 37-year-old man was sentenced to 10 years' jail and ordered to be given 10 strokes of the rotan by the High Court yesterday, after pleading guilty to an alternative charge of possessing more than 200g of cannabis.
Judicial Commissioner Datuk Zaharah Ibrahim ordered Alley Anuar Mohamad to serve his sentence from the date of his arrest, on May 23, 2004.
Earlier, counsel Samry Masri and Aminuddin Mohd Ramli told the court that Alley has regretted his actions.
"His plea of guilt has saved the court's time and cost," Samry said.
"It won't serve any purpose to put him away behind bars for a long time, as he has a sick and old mother to look after."
In pressing for a harsher sentence, DPP Saiful Edris Zainuddin said that the amount of drugs the accused was caught with was high.
"I urge the court to mete out between 15 and 18 years in jail," he said.
Saiful also pointed out that Alley has two previous convictions in 2002, where he was sentenced to four months in jail, also for drug possession.
This, he said, showed the accused has no remorse over his actions.
Alley admitted to having 237.6g of cannabis at Lot 331, Jalan Pancan Bedera, Sungai Besar in Sabak Bernam, at 3.50pm, on May 23, two years ago.
No comments:
Post a Comment