
Salam..
Dua tahun mencuba nak menjadikan pasukan nie satu realiti.tahun lepas dah hampir jadi kenyataan tapi sponsor pula tarik diri saat2 akhir..nak buat macamana kontrak pun tak sign lagi..dan biasalah..bila tak berjaya macam-macam la kutukan saya terima.hangat2 tahi ayam la, membahayakan racer la..saya terima jer la semua tu..abis nak buat camna..susah senang nak tubuhkan satu team, nak cari racer yang sesuai dan paling pentingnya modal tak siapa yang tau..tanpa duit apapun tak jadi.
Kalau saya lahir sebagai anak seorang menteri zaman umno dulu senanglah cerita..
Apapun, alhamdulillah..saya cuba juga tahun nie..masuk kategori yang lebih kecil iaitu Kawasaki Cup..orang kata modalnya kecil..congak punya congak bolehlah saya usahakan.
Tugas pertama, cari racer yang dah sedia nak berlumba dalam Kawasaki Cup nie..dan orangnya perlulah dari SBM dan aktif di SBM sebab kita perlukan sokongan dari SBM'ers..kalau ambil mat salleh dari oversea saya yakin, sapa pun tak akan sokong. Alhamdulillah, saya jumpa dengan Azlan aka kalnayak dan beliau menawarkan diri.
-1994 Tempat Ke-9 Production Bike/Yamaha RXZ135
-1996 Tempat Ke-6 Production Bike/Yamaha RXZ135
Sembang punya sembang kami pun setujulah untuk bergabung..Saya pun hantarlah motor dia ke Zaki Airbrush di Taman Maluri untuk di cat..saja gunapakai design sedia ada pada motor saya supaya bila bergambar dan keluar media nampak macam ada 2 motor dalam racing team nie..Bila dah siap cat, saya pun announce lah di SBM..nie lah jentera pertama SBM Racing Team..

Sambung di #2

Sambung di #2

No comments:
Post a Comment