
Ok..settle cat motor Kalnayak..bawak balik untuk photoshoot sket dan announce pasal SBM-RT di SBM. Sambil tu, minta jugalah bantuan dari rakan rakan supaya dapat menyumbang sedikit terhadap pasukan nie..alhamdulillah, ramai rakan-rakan yang sudi membantu..
Bila ramai yang membantu, bermakna tinggilah harapan rakan-rakan untuk melihat pasukan ini berjaya. Dan risiko pasukan yang diwakili seorang pelumba adalah, sekiranya gagal berada di grid semasa hari perlumbaan disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk tidak mengecewakan rakan-rakan, saya buat keputusan untuk menambah lagi seorang pelumba bagi mewakili pasukan SBM-RT ini. saya didatangi saudara Mohd Nur Zulkifli atau lebih dikenali sebagai ZulR1 di SBM yang menawarkan diri untuk menjadi pelumba pasukan SBM-RT. Seperti juga saudara Kalnayak, ZulR1 juga tak kurang hebatnya.
1995-Tempat Ke-2 -Piala Endurance Amanis Awana Rider
1997-Tempat Ke-3 -Kategori Superbike Novice, MSS.

Dengan kehadiran dua orang pelumba berpengalaman ini, saya yakin pasukan ini mampu memberi cabaran di dalam perlumbaan, tertakluk kepada kemampuan motorsikal yang digunakan. Untuk tujuan itu, SBM-RT telah memilih Ah Cheng dari Kedai Motorsikal Taman Permata Sunvay untuk menjaga dan memastikan kelancaran motorsikal-motorsikal yang digunakan. Beliau adalah merupakan seorang bekas pelumba yang cukup berpengalaman mengendalikan motorsikal terutamanya dari model2 Kawasaki.

Disebabkan masa yang suntuk, dua-dua motor hanya dapat disiapkan pada hari Khamis 10hb. April 2008 dan terus di bawa ke trek Sepang untuk diuji. Malangnya, motorsikal Kalnayak cuma dapat bertahan untuk 5 pusingan sahaja sebelum "jam" sementara motorsikal ZulR1 dapat bertahan selama hampir 30 pusingan.
Lepas tu, dua-dua motor kena bawak balik ke kedai Ah Cheng untuk dibaiki. Dan sekali lagi, saya bersyukur kerana berkat bantuan kawan kawan dari SBM, dua-dua motor dapat dibaiki dan seterusnya menjalani ujian masa dan perlumbaan.

Bersambung di #3.
No comments:
Post a Comment