
Saja jalan2 kat blog Dr Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor yang hilang sekejap selepas pilihanraya 8 Mac haritu..sekarang dah jadi champion org2 "Melayu" Selangor..esp dalam kes babi..
Saya terpanggil untuk menjawab tapi tak tau la kalau dilepaskan atau tidak jawapan saya tu. Jadi saya quote di sini sahajalah untuk kita bincangkan sama-sama..
korang yg membantah isu babi nie melayu sungguh la..aku sebut melayu sebab melayu x semestinya islam..
org melayu asal sebut babi jer..kecoh satu dunia..walhal sembahyang, puasa tinggal..
aku pelik duk kecoh hal2 babi macam la kat selangor sebelum kerajaan baru nie xda babi..
aku lagi pelik kenapa kilang carlsberg yg kat S Alam tu sekian lamanya ada kat situ..sebab korang melayu..arak xpa..babi xboleh woo..
dr khir, saya pun org tg karang..satu skolah dengan dato'..nasihat saya, jadilah pembangkang yg berilmu dan disegani, bukan yg main bangkang jer..lepas tu bawa poster gambar babi ada tulisan pas, dap n pkr..x kan dato dan juak2 dato' x boleh bezakan parti politik dengan kerajaan negeri? ke dato' dan geng2 umno semua dah lupa sebab dah terlalu lama memerintah?
pls la dato'..
Apa yang melucukan adalah ini adalah kali kedua dalam pengamatan saya beliau menunjukkan "ignorance" beliau tentang zaman pemerintahannya. Pertama kali apabila beliau menafikan menandatangani dan/atau mengetahui perjanjian di antara Puncak Niaga dan Kerajaan Negeri Selangor dan keduanya tentang kelulusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu babi ini. Adakah Kerajaaan Negeri Selangor yang baru ini terlalu dangkal sehingga sanggup berbohon tentang fakta tersebut dan membuka mereka kepada tindakan undang-undang oleh Dr Khir?
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment