26 May 2008

MALAYSIAN SUPER SERIES ROUND 2

Salam..

Pada 24 dan 25hb. Mei 2008, pusingan kedua Malaysian Super series telah diadakan di litar Sepang. Pasukan SBM-RT telah menghantar kedua-dua pelumba iaitu saudara Azlan dan saudara ZulR1 untuk menyertai katgeori Kawasaki Cup pada pusingan kali ini. Pada masa yang sama, saudara ZulR1 juga menyertai kategori Superbike Open.

Bagaimanapun nasib nampaknya masih tidak menyebelahi pasukan ini. Saudara Azlan menamatkan saingan sekadar di tempat Ke-18 sementara Saudara ZulR1 gagal menamatkan perlumbaan di Heat-1 kerana terlibat dengan kemalangan. Di Heat Ke-2, Saudara Azlam menamatkan saingan di tempat ke 18 sementara saudara Zul-R1 di tempat ke 19.

Bagaimanapun, saudara ZulR1 berjaya memberikan cabaran yang hebat di dalam ketgori Superbike Open di mana beliau telah berjaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan.

Tahniah ZulR1!





No comments: