13 May 2008

Motorsikal 70cc ke bawah untuk penunggang muda

CAP cadang penunggang bawah 21 tahun diwajibkan guna hanya motosikal 70cc


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mewajibkan penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun menggunakan hanya motosikal berkapasiti 70cc dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata sebaik saja seseorang remaja mencapai umur 21 tahun, barulah beliau layak untuk menunggang motosikal berkapasiti lebih tinggi.

Beliau berkata, permohonan mendapat lesen memandu bagi remaja berumur 16 tahun perlu diperketatkan kerana pada usia itu mereka belum matang bahkan mempunyai keinginan untuk berseronok sehingga tidak mempedulikan keselamatan nyawa mereka dan pengguna jalan raya lain.



“Ini mendorong kepada fenomena mat rempit serta perlumbaan haram dan harus diakui golongan itu penyumbang terbesar kepada berlakunya kemalangan jalan raya yang turut mengakibatkan nyawa pengguna jalan raya lain berada dalam bahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamed Idris berkata, ciri keselamatan motosikal perlu diberi perhatian kerana ia tidak seperti kenderaan bermotor lain yang perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom kerana golongan muda gemar mengubahsuai kuasa enjin dan ekzos supaya menjadi lebih laju dan menghasilkan bunyi kuat daripada kapasiti asal tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Malah, sesebuah motosikal yang sudah diubahsuai berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan yang parah,” katanya.


Cadangan yang baik..tetapi tidak semestinya akan berjaya. Kemalangan bukan sahaja berpunca daripada motorsikal dipandu terlalu laju, tetapi cara pemanduan itu sendiri. Contoh motorsikal di bawah nie kalau tak silap saya honda ex5 100cc jer..lebih sedikit la dari yang dicadangkan tapi kalau di bawa seperti ini..



Faktor penyumbang lain yang lebih besar adalah pihak ketiga, iaitu pengguna kenderaan lain..kereta, lori, bas..

Cadangan saya, perbanyakkan trek2 untuk mereka berlumba, seperti yang diusahakan oleh Tok Guru di Kelantan dan tingkatkan kesedaran pengguna jalanraya yang lain bahawa bukan mereka sahaja pengguna jalanraya. Hormatilah juga penunggang motorsikal.

Wallahualam.

No comments: