14 May 2008

No more CLP

Bakal peguam wajib duduki kursus dan ujian ganti CLP

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewajibkan pelajar jurusan undang-undang mengikuti kursus Common Bar Course (CBC) serta lulus peperiksaan Common Bar Examination (CBE) bagi menggantikan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) sebelum mereka layak berkhidmat sebagai peguam dalam usaha meningkatkan kualiti industri guaman.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata kursus dan peperiksaan itu akan menggantikan kursus dan peperiksaan CLP yang sudah diamalkan sejak 1984.

“Apa yang kita harapkan, apabila ada CBC dan CBE ini, kita dapat kekal standard serta menghasilkan peguam yang berkualiti tinggi agar kita mempunyai industri dan perkhidmatan perundangan serta hakim bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata kursus dan peperiksaan itu wajib diikuti oleh setiap pelajar yang sudah tamat dan menerima ijazah dalam jurusan undang-undang sama ada di dalam atau luar negara sebelum diterima berkhidmat sebagai peguambela atau peguam cara.- Bernama


Dah ada sistem yg cukup baik, gatal nak diubah-ubah.

No comments: