13 May 2008

Police Brutality

Dakwaan pegawai bank dipukul polis gara-gara tersilap disiasat secara telus, kata Ketua Polis Johor


JOHOR BAHARU: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis akan menyiasat secara telus laporan seorang pengurus bank yang mendakwa dipukul dalam satu serbuan polis yang dipercayai tersilap sangka beliau adalah suspek kes culik di Batu Pahat pada minggu lepas.

“Kita akan menjalankan siasatan yang telus. Tiada apa yang akan disembunyikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal, sudah mengambil keterangan daripada pegawai bank itu, Abdul Razak Abdul samad, 34, selain daripada doktor yang memeriksanya.

Abdul Razak sebelum ini dilaporkan mendakwa mengalami kecederaan paru-paru dan retak tulang pinggul setelah dipukul polis dalam satu serbuan di rumahnya pada 5 Mei kerana polis tersilap menjangkakan beliau adalah suspek.

Mokhtar berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggotanya yang melakukan kekerasan seperti itu.- Bernama


Nie la masalahnya bila pihak polis menjalankan penyiasatan guna kaki dan tangan berbanding gunakan otak. Semua nak ambil jalan mudah untuk selesaikan kes..tangkap, reman, dapatkan pengakuan dan tuduh.Settle!

Dulu ada cadangan nak pinda s117 Kanun Acara Jenayah supaya tak timbul lagi isu police brutality" tapi nampaknya hangat-hangat taik ayam jer..Pimai-pimai tang tu.

KPN tolong buat sesuatu..dah la imej polis sebelum ni dikenali sebagai badan yg rasuah, tambah lagi ngan imej kaki pukul..

No comments: