23 May 2008

PULAU BATU PUTIH bukan lagi MILIK KITA..

Pulau Batu Puteh sah milik Singapura

KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.

Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk "Batu Putih") adalah sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.

Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28 tahun.


Salah siapa?

Kalau TAR dan BN x kelam kabut sangat lepaskan Singapore dulu isu nie xkan timbul pun..

India dan Pakistan sampai sekarang x lepaskan tuntutan masing-masing ke atas Kashmir..jadilah apapun...

Kita, nak sangat kononnya berdiplomasi dan dari masa ke semasa makin hilang kedaulatan.....mana pergi si Rais Yatim yg yakin sangat minggu lepas kata kita bakal menang?

One fren said Pasni depa akan reclaim tanah sampai ke tanah besar or atleast depa bikin itu batu jadik besar and make it as forward base!

Wanna bet??

1 comment:

Anonymous said...

apo nak heran. x kan pernah cukup!