02 May 2008

THE SPIN DOCTOR


Pada sapa-sapa yang dah tengok video persidangan pertama Parlimen (lihat video di bawah), renung2kanlah apa yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan. Siaran langsung itu sebenarnya, adalah satu perangkap bagi menggambarkan keburukan ahli2 Parlimen dari Pakatan Rakyat sedangkan hakikatnya, tindakan-tindakan Speaker yang bersifat provokatif itulah yang membangkitkan bantahan mereka.

Saya percaya semua ini hanyalah perancangan licik Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Sabery Chik. Kerana itulah beliau kini beria-ia mahu menamatkan siaran langsung persidangan Parlimen kerana kononnya disalahgunakan oleh ahli2 Parlimen PR bagi tujuan peribadi.

Pada saya, buruk baik biarlah rakyat sendiri yang menentukan. Jika memang buruk perlakuan ahli PR sebagaimana yang cuba digambarkan, bukankah ianya menguntungkan BN jika dilihat sendiri oleh rakyat sepanjang 5 tahun akan datang?

Rakyat kita sudah bijak. Rakyat juga sudah berani. Kalau tidak bijak dan berani masakan mereka menukar pemerintahan 5 negeri kepada parti lain selain BN? Oleh yang demikian, janganlah menghina kebijaksanaan rakyat dengan cuba menjadi juara moral, menentukan apa yang elok dan apa yang buruk untuk dilihat dan didengar?

Salam;

No comments: