16 July 2008

ANWAR DITAHAN

Wow, polis Malaysia kalau bab-bab main polis sentry hebat betul. Siap bertopeng bersenapang dengan 15 kereta pengiring menangkap lelaki tua berumur 61 tahun. Hebat! Hebat! Bab menyelesaikan siasatan kes-kes high profile cam nie cepat sungguh. Bab encari budak yang hilang gagal, hancuss..sorang mati, sorang tak tau ke mana.

Apa susahnya nak ambil keterangan Anwar? Masa di berikan sehingga pukul 2 kenapa pukul 12 lebih dah standby satu batalion untuk menangkap Anwar?

Kalau hendak ikut prosedur, tangkap sekali Musa Hassan & Ghani Patail. Reman tiga-tiga orang nie dalam satu lokap. Siasat. Pukul macam biasa. Gantung Ghani Patail kepala ke bawah. Sebat tapak kaki Musa Hassan dengan getah paip. Acah puntung api di kemaluan Anwar.

Biadap! Musa Hasan selamanya seteru Anwar Ibrahim. Di tambah dengan laporan polis yang dibuat Anwar, lagilah hangin beliau dengan Anwar. Sepatutnya beliau digantung kerja, bukan dibiarkan mengepalai pasukan polis.

Biadap! Ghani Patail juga sepatutnya digantung kerja. Bagaimana keadilan hendak dilaksanakan sekiranya kertas siasatan dalam kes Anwar tiba ke mejanya sedangkan Anwar juga membuat laporan terhadap beliau.

Nampak sangat kerajaan gentar dengan Anwar. Bacul! Satu kes rogol yang saya kendalikan, OKT dilepaskan dengan jaminan polis hampir satu tahun sebelum dituduh. Hendak lari ke mana Anwar Ibrahim. Di bahagian mana di Malaysia ini yang beliau tidak dikenali.

Wahai sesiapa sahaja yang cuba menconteng sistem demokrasi negara, dengan tingkahlaku tak bertamadun dan dayus seperti yang dilakukan terhadap Anwar, satu perbuatan keji yang kalian lakukan, pasti akan ada balasannya suatu hari nanti..

No comments: