15 July 2008

KISAH SEORANG SABERY

Arakian disebabkan ketiadaan kepimpinan berwibawa, diangkatlah oleh Sang Raja seorang anak muda yang dahulunya petualang negara memegang jawatan besar di dalam negara. Hang Sabery namanya, Kemaman Pura asal usulnya. Seperti juga sang menteri- sang menteri sebelumnya, Sabery juga inginkan kemasyhuran, inginkan pangkat dan harta syurga dunia. Tambahan pula, pemilihan baru akan diadakan dalam beberapa purnama sahaja lagi oleh Sang Raja (Kapoor).

Peluang yang ditunggu akhirnya tiba..negara kini huru hara..pelbagai perkara memeningkan kepala. Kayu di hutan mahal sungguh harganya, menanak nasi pun tidak berupaya. Muncul pula seorang petualang Sang Raja tuduh cuba mengkucar kacirkan negara, hakikatnya beliau membela anak bangsa.

Ingin sekali Sabery menunjukkan kehebatan, kepetahan dan kejaguhannya. Ingin sekali Sabery menjadi pendinding dan pembela negara supaya terbuka mata Sang Raja. Berbekalkan kehebatan dan kejagohan berlawan sesama sendiri, semuanya sudah tersedia untuk Sabery menjadi juara. Walaupun pembesar-pembesar tua tidak sependapat dengannya..

Fikir Sang Sabery..

"Ah persetankan bantahan pembesar2 negara.Sekiranya aku berjaya, akulah jagoan akulah putera. Aku akan disanjung tambahan pula seteru yang dihadapi bukan calang-calang orangnya.

Sepertimana sang menteri sebelumku, aku harus pantas mengambil kesempatan. Sebelum orang lain berdiri, aku harus berlari mempertahankan Rajaku. Sayangnya menteri sebelumku sangat lemah bahasa inggerisnya, lebih banyak berkata yu, yu daripada meluahkan fakta dan isu".

Hari pertarungan pun tiba, berjuta juak datang dari seluruh negara.Pentas pertarungan telah tersedia menunggu Sabery memulakan langkah pertama. Sabery menyerang, kiri kanan, depan belakang dahulu dan sekarang. Hikmat buih putih cuba digunakan sepenuhnya namun petualang negara kekal senyumnya.

Sabery mula goyah. Buih putih habis sudah dipintal jadi senjata namun seteru masih tegap dirinya walaupun sudah tua umurnya. Dipanggil Sang Pembantu, Sang Singa Kordi namanya..penuh bulu di mukanya al profesor hutan kunun-kununnya.

Maka Sang Singa Kordi cuba menyerang sama. Bergoyang-goyang kepala dan seperti mau bergaduh lagaknya. Sayang nampak cetek otaknya, dengan mudah ditangkis petualang negara.

Akhirnya, Sabery gagal lagi. Yang di lawan bukan tandingan. Hikmat buih di bibir yang lama di pelajari gagal menandingi ketangkasan dan kehebatan lawannya. Walaupun serangan demi serangan diajukan di tempat yang tidak sepatutnya, si lawan tenang menangkisnya. Semakin banyak melakukan serangan, semakin Sabery kehilangan sokongan.

Malang Sabery..kemasyhuran yang dicari, hinaan menghampiri..hari demi hari..

No comments: