Salam..
Selepas 10 tahun, perkataan liwat menjadi popular semula. Orang tua liwat lelaki muda, orang hampir tua pula dituduh meliwat perempuan muda..macam2 dunia sekarang..Saya sendiri tak berani nak komen apa-apa sebab saya pun tak tahu siapa benar dan siapa benar-benar menipu.
Cumanya, kadang saya terfikir kalaulah benar Anwar suka meliwat orang, kenapa daripada mula beliau berkecimpung dalam politik pada tahun2 70an, tak ada sesiapa (setahu saya) mengadu mereka diliwat oleh Anwar. Pada era 70an, Anwar semestinya lebih kuat dan lebih bertenaga dibandingkan 10 tahun lepas apatah lagi sekarang dan nafsu orang muda seharusnya lebih bergelora dibandingkan pada peringkat umur yang sudah hampir-hampir monopause sekarang ini (maaf ejaan saya)..
Terfikir juga saya, sebagai ahli politik, sudah semestinyalah seteru beliau ada di mana-mana dari masa ke semasa. Di dalam ABIM menentang kerajaan, di dalam kerajaan menentang pembangkang, di dalam UMNO menentang sesama UMNO..kenapa pula tidak seorangpun musuh politik beliau membangkitkan isu liwat meliwati ini. Tidak adakah spy musuh-musuh beliau yang dapat menghidu kegemaran Anwar ini sekiranya memang benar ianya berlaku?
Seorang rakan berbisik mengatakan bapa kepada sipolan adalah kawan Anwar semasa di Uni Malaya dan mengatakan Anwar memang seorang peliwat. Saya katakan bahawa sekiranya bapa sipolan itu seorang kawan sebagaimana dakwa beliau, beliau tidak akan menceritakan keaiban kawannya kepada orang lain. Maka si kawan itu pada saya mungkin seorang musuh dan kata-kata seorang musuh harus kita terima dengan penuh berhati-hati.
Berangan saya kalaulah senario politik ini sebagai suatu perang, siapa agaknya yang akan menjadi pemenang. Dan berangan juga saya bahawa si pemenang itulah mungkin punca peperangan tersebut sebenarnya..
Apapun, cukup2lah wahai politikus-politikus. Pimpinlah negara dengan baik. Makmurkanlah rakyat dengan amanah yang diberikan. Hentikan peperangan anda supaya musuh negara gerun untuk memerangi kita. Ingat, lidi yang diikat semestinya lebih kuat daripada yang bertaburan berasingan..
10 July 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah... .. blog yang bagus.. banyak logik yg boleh difikir...
senang sekali baca blog nie...
syabas.
nanti bole le citax2 pasal blok kat Hard rock cafe pagi ahad..
Post a Comment