09 July 2008

MINYAK OH MINYAK..

Salam..

Ramai yang bertekak pasal isu minyak ni. Ada yang kata kita patut protes, ada pula yang kata protes cuma membuang masa..Ada yang kata daripada buang masa protes sana sini, lagi baik cari besi buruk dan jual untuk tambah pendapatan..

Nanti kalau saya free, saya nak singgah rumah Najib Razak. Dengarnya sebagai rakyat biasa saya boleh singgah jumpa dia bila bila masa.

Bila dah berjumpa nanti, saya akan cuba ketar2kan tangan saya dan cadangkan yang berikut:-

1.Sesiapa yang menyokong kenaikan harga minyak, saya syorkan kerajaan bagi kad merah. Dengan menunjukkan kad tersebut di stesen2 minyak, mereka akan dapat membeli minyak pada harga RM2.40 seliter. Dengan cara itu, mereka akan dianggap elit oleh masyarakat. Mereka tidak terasa kesan dari kenaikan harga minyak, jadi rasanya mereka tidak akan membantah.

2.Sesiapa yang tidak menyokong kenaikan harga minyak, saya akan cadangkan supaya kerajaan bagi kad hijau. Dengan kad tersebut, mereka boleh membeli minyak pada harga RM1.50 seliter. Mereka akan dicap rakyat yang lemah dan pemalas oleh pemegang kad merah kerana hidup mengharapkan subisidi. Mereka amat terasa kesan dari kenaikan harga minyak jadi rasanya mereka juga tidak akan membantah.

3.Sesiapa yang sangat rajin berkerja mengutip besi-besi buruk wajib diberikan kad merah. Ini adalah kerana mereka sangat rajin berkerja dan walaupun harga minyak naik sehingga RM10.00 seliter, mereka akan terus berkerja keras bagi menambah pendapatan mereka. Mereka tidak akan membantah kenaikan harga minyak kerana pada pendapatan mereka, sesiapun yang memerintah negara tidak akan mampu membawa perubahan. Mereka terasa kesan kenaikan harga minyak tetapi sangat rajin berkerja dan tidak suka membantah, jadi rasanya mereka juga tidak akan membantah diberikan kad merah.

4.Saya juga akan ajak Najib ubah cara hidup. Dengarnya kos Rosma pun sudah terlampau tinggi. Wajar ditukar dengan gadis muda yang lebih rendah kosnya..

1 comment:

Anonymous said...

Ouch, ouch some more, and more ouch!

Well written.