Salam,
Alhamdulillah, sejak seminggu lalu saya lihat Polis Di Raja Malaysia semakin rajin berkerja. Boleh kata kesemua jalan utama menuju ke Kuala Lumpur diadakan sekatan bagi menghalang penjahat-penjahat dari memasuki pusat bandaraya. Suka betul hati saya melihat effisyennya angkatan polis kita. InsyaAllah, akan amanlah Kuala Lumpur apabila polis kita sudah mula rajin bekerja.
Alhamdulillah juga, semakin ramai pegawai penyiasat yang tidak boleh hadir ke Mahkamah. Banyak kes-kes ditangguhkan dan akhirnya pesalah dilepaskan tanpa dibebaskan. Mudahlah kerja saya selepas ini.
Peliknya saya semasa saya melalui jalan ampang beberapa hari yang lepas, saya hanya disuluh dan kemudian diarahkan supaya meneruskan perjalanan. Takpalah, barangkali muka saya ni muka orang yang beriman dan polis-polis kita ada kuasa sakti untuk membezakan yang mana hero dan yang mana penjahat. Sebab itu saya lihat mereka lebih banyak menyuluh daripada memastikan penjahat-penjahat tidak lepas ke Kuala Lumpur.
Atau mungkinkah mereka ada istilah penjahat mengikut kriteria mereka sendiri? Mungkin, sebab itulah saya lihat hanya penunggang motorsikal yang di saman sedangkan kebanyakan kereta dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Atau mungkinkah mereka hanya mengadakan sekatan lalu lintas untuk melambatkan mat-mat rempit dan mat-mat kereta, mat bas dan juga mat lori supaya semua mamat ini tidak mahu pergi ke Kuala Lumpur.
Apapun tujuan mereka, syabas saya ucapkan. Nampaknya mereka berjaya memastikan kadar jenayah meningkat di sana sini disebabkan sejumlah besar anggota polis terpaksa diletakkan di jalan-jalan 24 jam sehari bagi menghalang penjahat daripada memasuki Kuala Lumpur. Dengan cara demikian, penjahat-penjahat tidak perlu merompak, mencuri, merogol dan sebagainya di pusat bandaraya disebaliknya boleh melakukan sesuka hati di tempat masing-masing. Lebih banyak jenayah, lebih banyaklah peluang pendapatan untuk saya. Sekali lagi saya berterimakasih.
Saya juga dikhabarkan bahawa pasuka polis kita bersusah payah ke Mahkamah mendapatkan perintah bagi menghalang seorang mamat tu dari pergi ke Parlimen. Pelik juga sebab kes yang belum tentu mamat tu nak buat dah pun di bawa ke Mahkamah sedangkan berlambak report2 yang belum disiasat dan banyak kes kes yang masih tak sudah-sudah di Mahkamah.
Pening saya! Alhamdulillah saya tidak ke mana-mana dalam minggu ni, cuma berlegar-legar di Ampang. Tak la saya tersangkut dalam jem macam video yang saya rakamkan di bawah nie. Kalau tak alamat overheating la kereta kecik saya tu.
Apapun, syabas pada PDRM! Bila lagi kita nak susahkan rakyat kan? Asyik2 rakyat je susahkan polis. Barulah ADIL!!
14 July 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment