Syukur pada Allah atas kemenangan Dato' Seri di Permatang Pauh dan atas perlantikan sebagai Ketua Pembangkang..
Harapan saya supaya Dato' Seri dapat berehat sebentar, kenang2kan semula apa juga kesalahan Dato' Seri di masa lampau dan berjanji pada diri Dato' Seri untuk tidak mengulangi kesilapan2 tersebut. Saya tidak bermaksud urusan peribadi Dato' Seri tetapi kesalahan-kesalahan Dato' Seri dari segi kempimpinan, jika ada...jika adalah..
Tujuan saya menulis yang di atas adalah kerana saya dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang lain menyokong dan mengharapkan kejayaan Dato' Seri dalam memimpin negara ini untuk menjadi baik..lebih baik.
Suka saya mengingatkan Dato' Seri bahawa apa juga kejayaan Dato' Seri hari ini adalah di atas usaha dan sokongan rakyat. Harap Dato' Seri tidak lupa bahawa Dato' Seri yang terbang tinggi sebelum ini pernah jatuh ke tanah..serendah2 tanah..dan kamilah yang merawat, dan mengangkat Dato' Seri supaya dapat terbang semula..mungkin ke awan yang lebih tinggi dari yang Dato' Seri pernah harungi..jelajahi..
Sentiasalah berterimakasih kepada rakyat..pandanglah muka mereka apabila Dato' Seri berjabat tangan dengan mereka kerana mungkin dengan sekecil2 perlakuan tersebut, sebesar2 sokongan dapat Dato' Seri perolehi..
Selamat Maju Jaya!!
28 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment