09 May 2008

Tabung Haji, Silver Bird & High Five



Sedih bila dengar Tabung Haji, pemegang amanah kepada ratusan ribu umat islam di Malaysia memasuki kerjasama dengan Silver Bird untuk memasarkan produk Silver Bird & High-5 di kalangan penyimpannya.

Apapun business plan mereka, saya rasa TH kenalah berfikir dengan lebih mendalam soal ini sebelum membuat keputusan kerana Silver Bird, High-5 ni ada rekod yang menjijikkan dengan produk mereka. Saya sendiri sampai sekarang tak sentuh dah roti High-5 setelah kisah kekotoran kilang mereka di Nilai didedahkan media. What was the top gun at Tabung Haji thinking when they entered a cooperation with this kind of ungratefull business entity?

Bukannya tidak ada syarikat islam yang menjalankan perniagaan roti yang boleh dibantu. Ada puluhan syarikat orang Islam yang boleh dibeli. Carilah keberkatan daripada duit jemaah Islam dan tak perlulah bersekongkol dengan mereka yang jelas mempunyai rekod tidak menghormati Islam. Saya rasa malu kerana Tabung Haji boleh membuat keputusan yag tidak pandai dan amat meragukan.

Gambar nie dah lama beredar di internet..sejauh mana kebenarannya, wallahualam..tapi sewajarnya kita menjauhi apa sahaja yang meragukan.



No comments: